Tuesday, 1 April 2008

PAS Bertepuk Sebelah Tangan

Petikan from Harakah.

Demi ketuanan Melayu, sanggupkah Adun Umno Perak sertai PAS?
Mat Zain Mat Isa Tue Apr 01, 08 12:01:58 pm MYT

Tak pasal-pasal PAS pula yang dipersalahkan di atas kekurangan jumlah Exco berbangsa Melayu yang dibentuk kerajaan Perak, Sabtu lalu. Pelbagai pihak seakan berpakat menggambarkan betapa keadaan itu wujud disebabkan orang Melayu telah tersalah memberi kepercayaan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-12 bulan lalu. Sejauh manakah rasionalnya dakwaan itu? -->-->

Barisan 10 Exco Kerajaan Negeri Perak telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 29 Mac. ?

Mengikut pembahagian parti, DAP memperolehi enam kerusi Exco, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga dan PAS hanya satu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Ir Mohamed Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS bagaimana pun telah dilantik sebagai Menteri Besar minggu lalu. ?

Ertinya, dalam kesebelasan utama peneraju negeri Perak (termasuk Menteri Besar), komposisinya mengikut parti ialah DAP 6: PKR 3: PAS 2. ?

Pembahagian kuota itu dianggap sejajar dengan jumlah kerusi dimenangi parti-parti terbabit. Dengan 18 kerusi dimenangi DAP, sudah tentu parti itu menuntut bilangan kerusi Exco yang lebih. Bahkan, jika dinilai dari sudut itu sahaja, kerusi Menteri Besar juga sepatutnya menjadi milik parti itu. ?

PKR menang tujuh kerusi, manakala PAS enam. Maka apabila PKR diberikan tiga kerusi Exco dan PAS dua (termasuk jawatan Menteri Besar), apa lagi yang perlu dipertikaikan? ?
Ada pun taburan mengikut kaum daripada 11 orang itu, enam adalah berbangsa Cina, empat Melayu dan seorang India. ?

Perkara ini dijadikan isu dan cuba diperbesarkan, terutama oleh pemimpin Umno Perak yang tidak pernah menyangka akan duduk di kerusi pembangkang. Kononnya komposisi Exco negeri itu tidak seimbang dengan taburan penduduk negeri tersebut yang 56 peratus berbangsa Melayu. ?

"Pemerintahan kerajaan Perak kini dikuasai oleh bukan Melayu. Melayu kini sudah hilang kuasa di Perak walaupun dalam sebuah kerajaan negeri yang mempunyai Menteri Besar berbangsa Melayu daripada parti PAS," kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. ?
Barangkali beliau cuba membangkitkan sentimen kaum. Andaian itu semakin dijelaskan dengan
kenyataan beliau seterusnya. ?

"Sudah tentu DAP mempunyai kuasa yang lebih dalam membuat keputusan dan apa lagi yang diharapkan oleh orang Melayu dan Islam daripada kerajaan ini?" katanya, sebagaimana dipetik Mingguan Malaysia, Ahad lalu. ?

"Saya harap kita tidak menjadi menang sorak, kampung tergadai," kata Adun Pangkor, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pula. Secara sinis beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya yang memerintah Perak. ?

Tidak cukup setakat itu, kalangan rakyat bawahan pula cuba diapi-apikan sentimen kaum itu. Akhbar Utusan Malaysia, Isnin (31 Mac) menyiarkan pula temu bual dengan masyarakat Melayu di Perak. Bagai diduga, ia tidak akan menyiarkan pandangan yang memperbetulkan keadaan. Sebaliknya apa yang dipaparkan menjurus kepada kecaman terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS. ?

Ruangan surat pembaca akhbar tersebut juga turut memuatkan pandangan dan lontaran fitnah berbau perkauman itu. Mangsa utama kesemua mereka ialah PAS, yang digambarkan gagal membela bangsa Melayu walau pun diberi kepercayaan menerajui negeri Perak. ?

"Tiada apa yang boleh disesalkan lagi. Melayu kini sudah hilang kuasa di negeri Perak, walaupun dalam sebuah negeri yang mempunyai Menteri Besar daripada parti PAS," tulis seorang pembacanya. ?

Inilah masalah dengan orang Melayu, terutama di kalangan pemimpin Umno. Asal saja ada masalah dengan soal Melayu, mereka cenderung meletakkan kesalahan kepada pihak lain, terutamanya PAS. Seolah-olah hanya Umno berbangsa Melayu dan hanya Umno yang memperjuangkan agenda Melayu. ?

Untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain memang tidak sukar. Namun, sepatutnya dalam perkembangan dunia serba maju ini, lebih-lebih lagi seorang bertaraf wakil rakyat perlu merasionalkan hujah dan berpijak ke bumi nyata. Apakah masuk akal untuk menuntut sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diputuskan kerajaan campuran itu dalam realiti politik di Perak kini? ?

Bagi yang belum jelas keadaannya, perangkaan pecahan Adun-Adun Perak mengikut parti dan kaum wajar diteliti seadilnya. Berdasarkan parti, Barisan Nasional memperolehi 28 kerusi, iaitu 27 oleh Umno dan satu oleh MCA. ?

Di pihak kerajaan negeri pula, telah disebutkan DAP memperolehi 18, PKR tujuh dan PAS enam. ?

Jika dibahagikan mengikut kaum, jumlah Adun Melayu keseluruhannya adalah seramai 36 orang, Cina 18 dan India, lima orang. Malangnya, seramai 27 Adun Melayu adalah daripada Umno dan berada di pihak pembangkang. ?

Maka jumlah Adun Melayu yang ada di pihak kerajaan hanyalah sembilan, iaitu enam daripada PAS dan tiga daripada PKR. ?

Jumlah Adun berbangsa Cina di pihak kerajaan ialah 17, manakala India seramai lima orang. Ertinya komposisi mengikut kaum di pihak pemerintah ialah Melayu 9: Cina 17: India 5. Apa lagi alasan tersangat kukuh yang mahu diberikan bagi mewajarkan PAS atau PKR menuntut lebihan kerusi Exco, semata-mata atas dasar menambah kuota Melayu dalam kerajaan? ?

Persoalan yang sepatutnya ditanya semua pihak, terutama mereka yang konon amat mementingkan soal ketuanan politik Melayu, ialah mengapa jumlah Adun Melayu di pihak kerajaan Perak begitu sedikit? Apakah PAS dan PKR tidak meletakkan jumlah calon Melayu secukupnya untuk memastikan Adun Melayu menjadi majoriti dalam Dun? ?

Perlu diketahui bahawa PAS telah meletakkan 21 orang calon yang kesemuanya Melayu, tetapi menang hanya di enam kerusi. Ia menewaskan lima calon Umno dan satu calon MIC. ?
PKR pula bertanding di 20 kerusi. Sebelas calonnya adalah Melayu, lima Cina dan empat India. Di kalangan yang menang, ada tiga Melayu, tiga Cina dan satu India. ?

DAP pula bertanding di 18 kerusi. Calonnya 14 berbangsa Cina dan empat India. Tiada calon Melayu dari DAP. Ia menang kesemua kerusi ditandinginya. ?

Ertinya, di pihak parti-parti kerajaan sudah ada 32 calon Melayu, iaitu masing-masing 21 daripada PAS dan 11 PKR. Tetapi mengapa hanya sembilan antara mereka yang menang? Jawabannya ialah kerana mereka dikalahkan calon BN. ?

Siapakah calon BN yang mengalahkan mereka? Siapa lagi kalau bukan Adun-Adun Umno yang ada di Perak sekarang! ?

Kuota pembahagian kerusi Exco Perak mengikut kaum kini masih boleh dibaiki sekiranya jumlah Adun PAS atau PKR berbangsa Melayu bertambah. Tiada cara lain selain Adun-Adun Melayu di pihak pembangkang (Umno) menyertai parti-parti itu. ?

Soalnya, apakah mereka sanggup berbuat begitu demi ketuanan Melayu? Rasanya?payah la sikit kot.?Maka mahu tidak mahu buat masa ini semua pihak, terutama golongan yang terlalu mendewakan soal ketuanan Melayu di Perak perlu menerima hakikat yang ada. ?

Penyelesaian lebih baik mungkin akan datang dalam masa empat atau lima tahun akan datang. Cukuplah beri undi kepada calon-calon Umno. Jika benar-benar mahu jumlah Adun Melayu di pihak pemerintah di Perak bertambah, pastikan semua calon PAS menang. ?

Umno pula jangan menjadi batu penghalang kepada agenda PAS meramaikan Adun Melayu, jika ia benar-benar mahu ketuanan Melayu di Perak dipulihkan.

**************************************************************************************************************************
Nampaknya penulis harakah ini menunjukkan betapa dia tidak berapa panjang akal. Bukankah PAS-DAP-PKR yang bersetuju parti mana yang akan bertanding di kawasan-kawasan di Perak? Dari peringkat pemilihan parti mana yang bertanding jelas membuktikan PAS tidak berwibawa dalam bersuara untuk memperbanyakkan jumlah wakilnya di negeri Perak. Jadi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Kemudian, Nizar dipersoalkan pula sebagai MB. DAP lebih rela seorang bekas posman, dari PKR menjadi MB. Sekali lagi, jangan salahkan Melayu yang risau PAS tidak akan berjaya merperjuangkan ketuanan Melayu di Perak. Walaupun pada akhirnya persetujuan dicapai, bilangan exco pula yang menjadi isu. Hinggakan wakil DAP hendak letak jawatan kerana seorang sahaja wakil India yang menjadi exco? Ini drama Tamil mana ni? Kata Malaysian’s Malaysia? Sudah terbukti dalam hati MP ini, dia sedar, warna kulitnya dan asal usulnya.

PAS tak sedar diri? Rela bekerjasama dengan orang munafik dari orang zalim? (Dia sendiri tuh tak zalim?) Pandai kutuk orang je. Pastuh, insya allah masuk syurga. What da?

PAS have to swallow back their piles of heave by putting their agenda negara Islam to their grave. Cakap tak serupa bikin. Mana perjuangan so-called Islam nya? They are confusing themselves. They don't even know what they are fighting for today. Malaysian's Malaysia? What a bunch of copycats.

I am disgusted with PAS. If one day, when I’m old, Malaysia becomes another Singapore or another Palestine, I will blame PAS and Melayu PKR for their bodohness and selfishness. I hope I’m already in the grave by then.

Anak2 Felda, Scholar MARA, JPA takkan tak sedar diri awak tuh produk DEB/DPN. I bet Nizar pursue his study through government’s scholarship. Khalid pun same, bukan ke PNB tuh terhasil dari DEB/DPN. Ini bukan soal susu pakai botol atau pakai cawan. Ini soal tak cukup khasiat, kena ada supply susu dari kerajaan.

Chinese and Indian yang shout Malaysian’s Malaysia ni fahamkah apa yang diperjuangkan PAS-DAP-PKR ni? My fellow Indian friends, a lot of them are under-achiever. Kalau takde help from the government with the kuota, jangan haraplah dapat masuk universiti. Yang Chinese ni pun, nak sangat ke masuk MRSM and SBP? Kenapa takde pun one of my Chinese friends yang apply nak masuk MRSM? Apply and then kena amek test. Takde pun yang berminat apply. So, apa sebenarnya yang other races nak? Politicians are just playing out the race sentiments to gain money and power. Please lah.

For the PAS people in Petronas and other GLC, do you think you will be there if it is not for DEB & DPN? So, you think you are so great? Without bottle milk also you can survive. The government needs to do what they have to do konon. You are so wonderful, brilliant and talented that you have been chosen and selected from a few of people for the scholars, your job and your position? Come on lah! Think lah people. Ini bukan cerita hantu ke cerita dongeng nak takut2 kan orang. Ini cerita betul lah.

I am not offended at all of DEB & DPN. I am not offended at all that Malays have the privileges. It is our right anyway. Scottish people do not feel offended that they do not have to pay taxes. It’s their privileges. We should not be offended but be proud of it.

I’m so disgusted with people that think this is some kind of joke. It is not funny at all! This is something serious. Jangan jadi taksub sangat sampai tuli nak dengar and buta nak lihat.

I can’t see PAS agreeing to things DAP are going to propose? DAP-PAS coalition are not going to happen unless;
1. PAS dropped its Islamic fanatic stand (which I think they already did - tapi takut nak announce and make it official, sebab takut hilang undi pengikut fanatik PAS).
2. DAP drop its Chinese chauvinism & anti-Malay privileges (which I think they will not do, in this life or hereafter).

As long as, PAS is Taliban and DAP is Chinese Communist I can’t see myself voting for them. PKR is just excess baggage from UMNO. UMNO pulak now sucks. So, lebih baik kite migrate? Haha. Opps, now I’m swallowing my own words. This is not funny, but something serious.

DAP has learned Malaysia’s politics well enough. MCA has put some level of tolerance and acceptance into DEB/DPN to be in power. DAP has also put some tolerance and acceptance into accepting Nizar & Khalid as MB. See the pattern?

No comments: