Tuesday, 8 April 2008

Siapa Menang, Siapa Kalah?

Apalah yang hendak dibanggakan sangat wahai ah LiPas dan Keadilan sekalian? Kalau mengikut peratusan, keputusan PRU lepas, tak perlulah nak berlagak dan bersorak. Sebenarnya kejayaan siapakah yang saudara semua raikan? Atau tumpang gembira, dengan kejayaan siapa? Siapakah sebenarnya yang menang atau kalah? PAS kah atau Keadilankah atau DAP? Apa kah yang DAP ini perjuangkan yang semua ah LiPas dan Keadilan sokong?

Apalah yang hendak dibanggakan sangat dengan semangat Malaysian Malaysia ini? Sanggupkah kita meletakkan masa hadapan anak cucu kita di tangan DAP?

Mengapa Lim Kit Siang asyik mempersoalkan peruntukan untuk baikpulih dan membina Sekolah Kebangsaan di Parlimen? Mengapa dia mahukan peruntukan itu diberikan kepada Sekolah (J) Cina? Tidak adakah orang cina di Sekolah Kebangsaan?

Mengapa dengan terang, kaum Cina yang pertama sekali diperjuangkan dengan b*** dan China village di Selangor? Ke manakah Malaysian Malaysia yang dilaung-laungkan dalam PRU lepas?

DAP lebih rela seorang bekas posman dari parti Keadilan menjadi MB, berbanding seorang jurutera dari Pas menjadi MB. Ya, walaupun pada akhirnya mereka bersetuju, mesyuarat2 bersama pegawai2 kanan kerajaan dengan MB semuanya dihadiri oleh exco dari DAP.

Be grateful with what you have today for tomorrow is still uncertain.

“Kepada semua, marilah kita sama-sama berbangga kerana kita telah berjaya memusnahkan ketuanan melayu dan membuka pintu Melayu kita dengan rela supaya kaum dan bangsa lain menyerbu masuk untuk memusnahkan segala yang orang Melayu miliki selama ini.

Hari ini terbukti, kerana kita marahkan seekor nyamuk, tanpa berfikir panjang,kita sanggup membakar sebuah rumah. Hari ini protes rakyat seakan sudah tidak terkawal. Mungkin ramai yang termenung selepas keputusan yang dikeluarkan terutamanya orang Melayu?

Adakah hari ini kita bertambah selesa dengan kemenangan pembangkang yang sudah menjadi kerajaan? Adakah hari ini kita selesa dengan DAP (Cina) berbanding MCA (Cina) yang lebih baik berbanding DAP yang keras pendekatan politiknya terhadap ketuanan Melayu? Apakah kita lupa bahawa DAP adalah pecahan PAP yang merupakan parti didikan Lee Kuan Yuew (Singapura) yang sedang mengintai peluang untuk meratah kemewahan Malaysia?“

Dipetik dari http://malaysia-hariini.com/home/index.php/bila-orang-melayu-lupa-UMNO.html




No comments: